Selamat Datang di Taman Biografi Ulama dan Habaib. Barakallahu Lana wa Lakum

Selamat Datang di Taman Biografi Ulama dan Habaib. Barakallahu Lana wa Lakum

Senin, 17 Desember 2012

Biografi Al-Hafidz Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari


Biografi Al-Hafidz Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari






Beliau adalah seorang yang alim, al-’Allamah al-Muhaddits, pakar dalam ilmu fiqih, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang tergelincir dari landasan Ahlussunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, Beliau adalah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar, berketurunan asy-Syaibi dan al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar sebelum berumur 18 tahun.





Kelahiran Beliau



Beliau terlahir di Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah (beliau lahir lebih awal dari pada tahun yang tercatat, yang tercatat hanyalah yang tertera pada pendaftaran lama).

Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al-Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakannya kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtashar ash-Shaghir dalam ilmu fiqih yang mana kitab tersebut amat mashyur di daerahnya.

Beliau juga telah menghafal berbagai matan ilmu agama, kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadits telah membuat beliau menghafal kitab-kitab hadits yang enam [سنن ستة] berikut dengan sanad-sanadnya, sehingga beliau telah diijazahkan meriwayat hadits-hadits nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.





Guru-Guru Beliau



Karena masih merasa belum cukup dengan ulama di negaranya maka beliaupun merantau ke Habsyah dan Somalia untuk menuntut ilmu dan mendengarnya dari ulama setempat, dengan usaha yang keras Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan ketika dia mendengar ada orang alim di’suatu tempat maka dia segera pergi kepadanya seperti yang dilakukan ulama salafussolih yang terdahulu.

Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafalannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fiqih Syafii dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam madzhab beliau juga sangat alim dalam madzhab Maliki, Hanafi dan Hanbali sehingga beliau menjadi tempat rujukan, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di Harar dan sekitarnya.

Beliau telah mempelajari ilmu fiqih Syafii dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma’ asy-Syirazi dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar Jamei’ al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabruty.

Untuk ilmu bahasa arab beliau telah belajar pada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basir, Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Sedangkan tiga madzhab fiqih yang lain dan usulnya beliau belajar dari Syeikh Muhammad al-Araby al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi.

Beliau juga belajar ilmu tafsir dari Syeikh Syarif al-Habasyi di tempat tinggalnya di Jimmah.

Beliau mempelajari ilmu hadits dari asy-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabruty Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadits dari gurunya yang alim Syeikh al-Muhaddits Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabaruty al-Habasyi , beliau adalah ketua guru ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair Atony ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Mekah beliau bersahabat dengan ulama-ulama Mekah diantaranya ialah Syeikh al-Alim al-Muhaddits as-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kitbi, Syeikh al-Muhaddits Muhammad Yasin al-Padani, Syeikh Muhammad al-Araby at-Tabban, beliau juga pernah mengambil ijazah amalan dzikir Tariqat an-Naqsyabandiah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.

Kemudian beliau pergi ke Madinah al-Munawwarah belajar ilmu-ilmu hadits dan membaca hadits-hadits nabi dari Syeikh al-Muhaddits Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadits kepada beliau.

Di sana juga beliau sempat ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan dikatakan beliau telah menghafal hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut.

Di Madinah juga beliau bertemu dengan seorang ulama hadits Syeikh al-Muhaddits Ibrahim al-Khattani anak murid seorang ulama yang masyhur Syeikh al-Muhaddits Abdul Qadir Syalbi.

Setelah itu beliau menuju ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke Syam yang terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim al-Muhaddits Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary.

Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke Dimasyq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan yang lain di bumi Syam, kemudian dia menetap di Jami’ al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimasyq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berManhaj AhlusSunnah Wal Jamaah

Para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahwa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti al-Muhaddits Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelari “Al-Muhaddits Ad-Diyar Asy-Syamiyyah”.

Syeikh Abdullah telah menerima ijazah thariqat Rifa’iyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al-Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau menerima ijazah thariqat Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 beliau ke Beirut dan disambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector al-Azhar di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.





Kepribadian Beliau



Syeikh Abdullah adalah seorang yang zuhud. seorang yang wara’, tawadhu’, kuat mengerjakan ibadah, banyak berdzikir, senantiasa menyampaikan ilmu agama. Kuat berpegang dengan al-Quran dan Sunnah, mempunyai ingatan dan kecerdasan akal yang kuat dengan hujah dan dalil yang teguh, sangat adil dalam munghukumi sesuatu, senantiasa memerangi terhadap siapa saja yang melanggar syara’, mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam amal ma’ruf nahi munkar sehingga golongan bid’ah menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhaj AhlusSunnah hingga telah lahir beribu-ribu anak muridnya bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropa, Afrika, Australia dan juga Asia.





Karya-karya Beliau



1.      Syarah Alfiah As-Suyuthi

2.      Qoshidah Fil I’tiqodi

3.      Ash-Shirothul Mustaqiim

4.      Ad-Dalilul Qawim ‘Ala Ash-Shirothil Mustaqiim

5.      Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Asy-Syafii

6.      Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Al-Imam Malik

7.      Mukhtashar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah

8.      Bughyah Ath-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib

9.      At-Ta’aqqub Al-Hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadis

10.  Nashratul Ta’aqqubil Hatsits ‘Ala Man Tho’ana Fima Shohha Minal Hadis

11.  Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah

12.  Syarah Aqidah An-Nasafiyyah

13.  Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy-Syafii

14.  Syarah Matan Abi Syuja’ Fi Fiqhi Asy Syafii

15.  Syarah Ash-Shirothil Mustaqiim

16.  Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah

17.  Syarah Mutammimah Al-Aajurumiyah fin Nahw

18.  Syarah Al-Baiquniyyah

19.   Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man Khalafal Quran

20.  Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyah

21.  Kitab Ad-Durrin Nadhidi Fi Ahkamit Tajwid

22.  Idzhar Al-’Aqidah As-Sunniyyah bi Syarh al-’Aqidah Ath- Thohawiyah

23.  At-Tahzir al-Wajib

24.  Mandzumah “Nashihat At-Thullab”

25.   Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil An-Nurul Muhammady

26.   Risalah Fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah

27.   Ad-Durarul Bahiyyah Fi Halli Alfadz Al-’Aqidah Ath-Thahawiyah

28.  Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah

29.  Syarah Mandzumah Ash-Shibyan fil ‘Arudh

30.  Syarah Ash-Shifat Ats-Tsalats ‘Asyarat Al-Wajib Lillah

31.  Al’Aqidah Al-Munjiyyah

32.  Syarah At-Tanbih

33.  Syarah Manhaj Ath-Thullab

34.  Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Li Syeikh Abdillah Ba’alawi





Kewafatan Beliau



Beliau kembali ke Rahmatullah pada fajar hari selasa 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 M di rumahnya di Beirut pada usia 105 tahun, disolatkan oleh jutaan umat Islam di Masjid Burj Abi Haidar Beirut dan dimakamkan di dekat Masjid Burj Abi Haidar Beirut.


4 komentar:

  1. ini rujukannya diambil dari mana ? boleh saya dikasih tau... kebetulan saya lagi meneliti tentang beliau Syekh Abdullah al harari

    BalasHapus
  2. ini rujukannya diambil dari mana ? boleh saya dikasih tau... kebetulan saya lagi meneliti tentang beliau Syekh Abdullah al harari

    BalasHapus
    Balasan
    1. Masukkan balasan Anda...silahkan hubungi yayasan syahamah yg berada di daerah buaran pondok kopi.karena murid murid beliau berkumpul di yayasan syahamah untuk mengajarkan ilmu yg di ajarkan oleh sayyid syeikh abdullah alharari

      Hapus
  3. Bismillahirrahmanirrahim...
    Maa Syaa Allah...
    Bismillahi Maa Syaa Allah..
    Bismillahi Alaihi..

    Bergemuruh rasa suka cita membaca artikel ini.

    Saya yg dhoif dan tempatnya khilaf ini sedang belajar dari Yayasan Syahamah menimba ilmu dari kitab karya beliau...

    Saya tinggal di kota Banda Aceh. Aceh yg sudah tidak lagi sama suasana keislamannya.

    Islam di Aceh sudah diobok-obok oleh Aqidah yg menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW.

    Alhamdulillah Allah jumpakan dg Ustadz/Ustadzah dari Syahamah Aceh.

    BalasHapus